Contoh Nama Nama Arab

محمد بن سعيد بن عبد العزيز الفلسطيني
Muhammad ibn Saeed ibn Abd al-Aziz al-Filasteeni
Transliterasi: muḥammad ibn saʻīdi ibn ʻabdi l-ʻazīzi l-filasṭīnī

Ism - Muhammad (Nama betul). Muhammad: "yang dipuji".Nasab - Saeed (Nama bapa). Saeed: "gembira".Nasab - Abd al-Aziz (Nama datuk). Abd al-Aziz: Hamba (kepada Yang) Maha GagahNisbah - al-Filasteenee (orang/dari Palestin). Filasteen: Palestin.Maksud nama dalam bahasa mudah

"Muhammad, anak lelaki Said, anak lelaki Abdul Aziz, orang/dari Palestin"

Orang ini boleh dipanggil "Muhammad" atau dengan merujukkannya kepada anak sulungnya, misalnya :"Abu Karim" (bapa Karim) atau "Abu Khalid" (bapa Khalid). Bagi menunjukkan hormat ataupun bagi menetapkan "Muhammad" yang mana yang dimaksudkan, namanya boleh dipanjangkan.

Contoh nama wanita

Fatimah bint Tariq bin Khalid al-Fulan" bermaksud "Fatimah, anak perempuan Tariq, Anak lelaki Khalid; daripada keluarga al-Fulan." Sama dengan lelaki, pemilik nama ini boleh dipanggil "Fatimah" ataupun dengan kunyahnya.

Penggunaan kunyah

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya "Muhammad" mempunyai anak sulung bernama "Khalid", beliau boleh juga dipanggil dengan "Abu Khalid" atau "Abu Khalid Muhammad". Buat "Fatimah" pula, beliau boleh dipanggil "Umm Khalid".

Contoh nama penuh

Abu'l Qasim Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Hakam bin Aʿyan al-Qurasyi al-Masri
أبو القاسم عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الحكم بن اعين القرشي المصري

Rentetan nama penuh buat Ibn Abdul Hakam, seorang tokoh sejarah lampau, di atas mempunyai kunyah, ism, nasab, dan nisbah, tetapi tidak mempunyai laqab.